top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Bahagia Berdukacita

Jika kita semua inginkan kebahagiaan kepada diri, seringkali jiwa kita itu perlu mengingat DIA. Ingati DIA sehingga DIA itu menjadi segala-galanya. DIA itu juga adalah AKU dan AKU itulah DIRI, perwakilan itu sering perlu difahami mereka yang mewariskan keilmuan ketuhanan itu kepada para pewarisnya. DIRI yang SATU itu hanyalah SATU. Ia berkembang biak di dalam darah keturunan menjadi SATU jua akhirnya. Walaupun yang kelihatan itu BANYAK, maka ia TETAPlah SATU.


Jalan yang kami bawakan ini adalah jalan syariat Nabi Muhammad SAW, yang membawa rahmah kepada sekalian alam. Jalan ini merupakan jalan yang terhad pengikutnya, lalu kitalah yang meramaikan peng-anutnya. Kehidupan akan terus berlangsung dan dakwah itu perlu diteruskan. Untuk melalui jalan pengembaraan diri itu, maka kembara itu adalah penuh dengan petualang yang akan menghalang diri. Jalan halangan itu jua kita tempuh dengan BAHAGIA, jangan mengalah! Kedukaan yang hadir sementara itu isikanlah dengan air mata bahagia pada akhirnya. Ia merupakan kisah yang kami karang buat para pewaris kami. Didikan itulah yang kita garap di dalam masyarakat kita supaya setiap daripada kita menjadi PENDIDIK yang sejati. Didikan itulah yang ingin kita terap di dalam masyarakat kita, supaya setiap satu jiwa itu mengenal akan erti penciptaan dirinya dan menjadi yang TERDIDIK jua. Hanya yang mampu mengenal boleh menjadi PENDIDIK yang benar akan kehidupan. DIDIKAN demi DIDIKAN ini perlulah diteruskan daripada generasi kepada generasi seterusnya. JANGAN BERHENTI! Kalam Allah itu perlu diteruskan perwarisannya. Kitalah PEWARIS-BANGSA~.


Penantian akan perkahwinan itu adalah satu garapan kepada setiap diri yang menanti untuk disucikan~. Disucikan sesiapa yang diingini di dalam perkahwinan itu dengan penunaian tanggungjawab dan juga didikan kepada anak-anak kecil yang riuh rendahnya. Perkahwinan bukan sekadar melampiaskan nafsu ganas seorang lelaki, namun seorang AYAH itu sempurna didikannya kepada yang dikatakan sebagai isteri - pendamping diri seorang lelaki dan juga kepada anak-anak kecil yang mewarisi KETUANAN KEMELAYUAN itu pada suatu hari nanti. AYAH adalah lambang seorang PERWIRA BANGSA yang akan membangkitkan semangat ketuhanan pada diri anak-anaknya. AYAH adalah seorang yang BERTANGGUNGJAWAB dalam menjaga kemandirian isteri dan anak-anaknya. SEORANG AYAH penuh mengerti akan tanggungjawab diri dalam penunaian semangat jati diri di dalam AHLI KELUARGA. Didikan itu perlu penuh dengan KETUHANAN bagi menggarap didikan pada setiap putera dan puteri yang hadir pada AHLI keluarga itu nanti. Persedian di masa muda itu adalah untuk membentuk jati diri seorang LELAKI yang bertanggungjawab, terselit juga manusia yang perlu didahulukan seksaan pada neraka jahannam demi dia mengerti akan tanggungjawab mengulit seorang PEREMPUAN. Lelaki-lelaki bangsat yang merosakkan kaum wanita itu perlu diajar dengan APINYA neraka, agar mereka mengerti erti mengulit diri seorang WANITA. Kewanitaan seorang perempuan bukanlah untuk DIROSAKKAN, namun untuk disemai benih yang baik di dalam diri wanita tersebut.


Kewanitaan seorang wanita itu tersemat pada DIRInya yang masih suci. Janganlah dirosakkan diri wanita itu wahai lelaki-lelaki durjana. Kewanitaan seorang perempuan itu perlulah disucikan dirinya dengan perkahwinan yang benar. Kehidupan para lelaki yang merosakkan wanita itu, hadiahnya NERAKA. Itulah yang berpatutan bagi mereka yang meminati wanita dengan tujuan merosakkan kesucian para wanita. Hadiah itu adalah untuk mereka mengerti panasnya diri di dalam seksaan, tiadalah mereka mendapat ketenangan kepada HATI kepada mereka yang sering merosakkan para wanita solehah. Keadaan diri wanita itu seringkali suci asalnya, namun kerosakan itu berlaku apabila lelaki gagal menahan diri daripada melihat yang tidak patut dilihat, tetapi ini adalah keadaan yang telah pun menjadi norma dalam masyarakat jahiliah kininya, dan kita tidak dapat menolak bencana ini melainkan hanya dengan DIDIKAN ILAHI. Bukanlah neraka itu untuk menghukum melainkan, untuk merasa kepanasan demi kepanasan yang menghangatkan jiwa yang mendidih. Kehidupan yang panas hatinya, tiadalah ketenangan yang diciptakan di dalam diri itu, melainkan neraka yang menjulang itulah HADIAH daripada ALLAH buat merasa SIKSA.


Neraka bukan hukuman, dalam erti kata hakikat, namun itulah yang perlu dilakukan agar setiap daripada jiwa itu mengerti hakikat demi hakikat melakukan sesuatu yang tidak bersepadan dengan fitrah insani. Manusia itu perlu diuruskan nafsunya, bukan dilepaskan begitu sahaja, tanpa pengawasan dan kemandirian serta kelangsungan akan keadaan diri yang bebas daripada noda. Bersikap yang seperti itu bukanlah berada dalam fitrah seorang manusia yang taat kepada ALLAH. Sikap yang begitu perlulah dihukumkan dengan neraka kini yang berada dalam jiwanya sendiri. Hukuman itu bukanlah selamanya hukuman jika diteliti,melainkan ia DIDIKAN. Begitulah manusia yang perlu merasa 'panas'nya hidup, tiada ketenangan di dalam diri apabila sering melakukan DOSA perzinaan pada diri dan semua makhluk. Hal ini perlu ditegah dengan langkah yang cepat agar segala yang berkaitan dengan perzinaan itu perlulah dicegah dengan hati sendiri. Ia bermula apabila seorang lelaki, sering menziarah kuburan, mengingati kematian, maka hilanglah nikmat keseronokan. Cara yang kami katakan itu terkandung di dalam kitab-kitab lama, akan menikmati kuburan. Di situlah kesunyian, berlaku kefahaman akan jiwa yang pasti pulang kepada ILAHI. Penyucian itu seringkali berlaku apabila jiwa kita mengingati akan kematian. Lelaki yang baik, seringlah mengingat akan kematian, apabila nafsu itu melonjak ingin menunaikan hasrat yang tidak bersesuaian dgn fitrah insani. Kehidupan ini PENDEK, janganlah dihiasi dengan aurat wanita bertelanjang di dalam diri, nescaya sukarlah untuk mengawal DIRI untuk melakukan apa pun. Kehidupan perlu diisikan dengan KEMATIAN yang bakal menjelang. Kematian itu pasti, dan ingatlah akan ALLAH yang boleh mengubah masa mati kita menjadi SEKARANG pun! Kehidupan tidak memanggil kita untuk melakukan kemaksiatan melainkan ia membuatkan kita menanam benih yang benar pada jiwa seorang PEREMPUAN SOLEHAH, dan jiwa itu akan berkembang biak kepada anak-anak kita sendiri, yang akan mewarisi KESOLEHAN itu jua. Wahai para lelaki durjana, yang menzalimi dirimu sendiri, bertaubatlah!


Kehidupan tidak menunggu kita, yang datang akan pergi. Yang akan pergi ini kita jua, yang akan meninggalkan bumi ini kita jua, yang akan pergi dan diratap itu kita jua. Dipesan buat kesekian kali, janganlah menyiksa jiwa para perempuan dengan menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan kehidupan. Hiduplah dengan prinsip yang benar demi KEESAAN itu sendiri. Berwajah mulia lah dalam mengambil seorang wanita sebagai seorang isteri.



コメント


bottom of page