Bagi Yang Mewarisi
Alam yang indah ini hanyalah satu manifestasi kepada KEINDAHAN PENCIPTA, maka kami akan terus menulis kepada anak bangsa kami akan indahnya JIWA. Janganlah anak bangsaku tertipu dengan penyakit-penyakit jiwa yang dikatakan wujud kerana KEBODOHAN kita itu sendiri, maka kami menegaskan di sini, KESIHATAN JIWA itulah yang membawa kepada KEINDAHAN DI DALAM HIDUP, maka kami tidak berpatah balik daripada apa yang kami tegas ia dalam kalimah ini: JIKA SEORANG MANUSIA BOLEH HIDUP DI ATAS KATILNYA DENGAN JIWA YANG SEGAR MENGINGAT ALLAH, NESCAYA HIDUPNYA MAMPU TENANG DI SAAT APA PUN MENGHADAPI GELORA JIWA DUNIA, bayangkanlah seorang yang terlantar di atas katil semata-mata namun boleh merasai keindahan di jiwanya tanpa memiliki apa pun sebagai pertandingan hidup antara orang lain. Hati kitalah yang boleh memberi rasa BAHAGIA itu wahai anak bangsaku, janganlah engkau lemah berkata akan penyakit-penyakit jiwa itu tiada ubatnya lagi, maka kau teguk segala perubatan yang tiada hujung pangkal tauhidnya dan mengatakan ia penarikan kepada kesihatan. Nada kami menjadi perlahan ketika mengutarakan hal ini kerana hati kami mengatakan tiada yang percaya pada tulisan-tulisan kami seolah-olah kami ini jumud di dalam perubatan moden. Kami ingin bertanya seandainya perubatan moden itu mampu mengubati jiwa, manakah buktinya? Tunjukilah kepada kami akan statistik kebahagiaan hidup di dunia nyata, indeks kebahagiaan tertinggi di sebuah sebuah negara membawa kepada peningkatan akan terbunuhnya jiwa lalu mereka membunuh jiwa mereka sendiri, lalu ubat yang diperlakukan oleh mereka yang inginkan keuntungan dunia semata-mata itu adakah berjiwa dalam mengubati jiwamu? Jiwa yang sehatlah yang mampu mengubati jiwa. Terlalu melampaukan kami dalam penulisan kami ini sehinggakan dikatakan jumud nantinya. Kami juga mengambil perubatan barat sebagai alternatif namun kami senantiasa menyegarkan diri kami sendiri dan jiwa kami, tetapi pergantungan kepada ubat-ubatan barat jadi terlampau tinggi kepada JIWA KITA? Katakanlah ia satu kepura-puraan di saat ubat yang tiada asas tauhidnya itu boleh mengubati jiwamu, maka apa yang kita telan itu lebih membawa sakit jiwa kita pabila jiwa kita meronta-ronta ingin keluar kepada KEBEBASAN lalu kita kurung ia dengan ubat-ubatan yang nekad untuk menyekat jiwa kita lalu kita pun terpinga-pengsan ketika kita mati nanti akibat percaya kepada yang tiada asasnya. Di situ muncullah penyesalan akan kata-kata ALLAH di dalam kalimahnya daripada kalimah AGONG dalam surah An-nasr ayat 2:
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Ketika itu berlakulah penyaksian akan berlakunya lagi sekali kebangkitan ummat manusia ketika kami mengatakan yang kami itu mengutuskan kebenaran semata-mata, akan terbuktilah kata-kata kami akan kajian moden yang kian meruntuh jiwa kita ini. Mungkin kebenaran ini wujud pada kata hati kita, namun tidaklah dapat kita mengelak minda kita yang terlalu bijak itu dalam membuatkan manusia akan masih menidakkan kebenaran walaupun ia telah jelas di mata kita.
Perbuatan kita yang melihat sesuatu hanya pada dasarnya itu membuatkan kita melupai KEJADIAN USUL kita, ALLAH SWT adalah PENCIPTA kepada segala-galanya, YA! Kita boleh mengakuinya dalam KEILMUAN BIASA ALLAH ITU ADA PADA SYAHADAH KITA, namun adakah kita benar-benar menyaksikan KEINDAHANNYA? BANGKITLAH JIWA ANAK BANGSAKU BANGKIT~ akan ku rebut tahta diriku itu kembali < UCAPKANLAH PATAH INI KEPADA JIWA-MU ITU AGAR BANGKIT SELERAMU KEPADA KEINDAHAN HIDUP~!
Comments