top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

Anakanda

Bahagia itu ada pada HATI. Dan HATI itulah yang perlu dikembalikan perjuangannya dalam darah dan leluhur bangsa MELAYU. Hati yang dipenuhi dengan perjuangan dapat membaca tulisan kami dan maknanya. Hati yang kelam tanpa Allah akan meruncing dalam memahami tulisan yang dilapisi makna.


Hati yang senantiasa digilap potensinya akan kembali kepada FITRAH. FITRAH itu perlu diisikan dengan apa yang dinamai sebagai tulisan diri. Tulisan itulah yang menjadi tulisan HATI NURANI. Ia lahir bagi mereka yang ingin mendalami kesufian. Sufi itu senantiasa hidup di dalam semangat diri yang senantiasa ingin terus menggali. Kesufian yang benar didahului dengan syariat yang tidak ditinggalkan. Kesufian yang benar membawa manusia kembali kepada FITRAH hatinya sendiri. Ia membawa perkenalan DIRI.


Apa perkaitan kesufian dan perkahwinan? Bukankah pada dasarnya ia kelihatan sepertinya terpisah? TIDAK. Ia bersatu pada satu jalan yang dinamai sebagai TANGGUNGJAWAB. Di situlah wujud kesatuan antara kesufian dan perkahwinan yang diatur secara mudah bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab diri.


Perkahwinan itu juga adalah kesufian di dalam tatatertib semulajadi kenyataan kehidupan. Perkahwinan itu perlu diisikan dengan tanggungjawab yang berat-berat yang merupakan tuntunan daripada syariat itu sendiri. Di situlah terjadinya perkenalan antara syariat yang dilaksanakan kepada Allah semata-mata untuk menjadi satu jalan menyucikan diri. Terjadilah cinta itu secara semulajadi antara dua hati yang berkenalan kerana ingin membina mahligai bahagia sebagai hambaNYA. SENINYA perlu tepat bagi mereka yang meniti jalan perkahwinan yang pada masa yang sama membawa tanggungjawab menyampaikan bahasa kesufian.


Hanya dengan mengenal Allah itu JALAN UNTUK BAHAGIA. Dan Jalan itu perlu diperkongsikan akhirnya kepada generasi akan datang.



Comments


bottom of page