Hati Yang Hidup adalah kurniaan. Kehidupan menjadi tanda-tanya kepada yang bertanya tentang HIDUP. Yang HIDUP itu senantiasalah HIDUP. Ia tak pernah mengenal akan kematian. Namun jalan untuk mengenal yang Hidup itu adalah dengan melalui KEMATIAN. Mati itu bukan satu kemusnahan, melainkan ia satu JALAN untuk MENGENAL YANG ESA. Tauhid adalah penamaan daripada sudut KEILMUAN. Jalan kita pastinya, berbeza. Perbezaan itu perlu pada pengenalan diri. Dan kehidupanlah yang akan membawa kita melayari kehidupan dalam jalan yang lurus. Setiap jalan adalah LURUS. Kerana setiap jalan itu adalah KURNIAAN ALLAH SWT dalam meniti, KEHIDUPAN.
Kehidupan demi Kehidupan yang berlangsung itu perlu pada penamaan yang berbeza dan dinamai begitu pada hakikatnya kerana PENCIPTAAN perlu melalui pembezaan. Hakikat Diri membawa DIRI kita pulang kepada KEESAAN. Yang ESA itu senantiasa -MENANTI satu kepulangan. Dan yang pulang itu tidak lain tidak bukan adalah DIRI KITA SENDIRI JUA. Masalah ummah akan datang, adalah pada pengenalan akan DIRINYA. Jiwa yang pudar itu akan berlaku pada generasi akan datang, kerana dunia makin menuju kepada kemusnahan. Kiamat jiwa itu perlu dihadirkan kepada jiwa yang baru pula. Setiap jiwa yang dilahirkan semula di dalam diri yang baru itu perlu membawa semula kenyataan baru di dalam alam penciptaan DIRI yang baru. Tiadalah tamat jiwa demi jiwa yang akan memenuhi muka bumi ini. Kemusnahan itu terletak pada kiamatnya jiwa, bukan kiamatnya dunia. Dunia tidak akan punah melainkan punah terdahululah jiwa-jiwa daripada muka bumi. Lalu perjuangan kami adalah untuk mengisi jiwa-jiwa yang akan terus hidup itu dengan pengenalan yang benar akan KEESAAAN. Sudah begitulah tugas kami diisikan pada yang perlu diisikan. Punahnya jiwa ini dahulu dalam mengenal yang abadi itu membawa seribu rahmah dan pengenalan kepada AKHLAQ dan penamaannya dalam DIRI YANG BARU.
Kemestian itu perlulah dilalui sebagai satu JALAN diri yang baru. PERKAHWINAN itu perlu diperbaharui maknanya kepada setiap insan yang ingin menduduki tempat barunya di dunia ini nanti. Kehidupan bukanlah sekadar hubungan badan, melainkan KEJIWAAN itulah MATLAMAT UTAMA dalam meniti KEBAHAGIAAN hidup. Dan daripada KEJIWAAN itulah berlakunya PENGENALAN kepada KEESAAN. Yang kami khuatiri pada generasi muka adalah KEJIWAAN itu hilang daripada landasannya. Dan masalah jiwa ini perlu dipertanggungjawabkan daripada sekarang, kita yang berada pada generasi ini. Jiwa itulah yang akan mewakilkan bangsa MELAYU di hari muka. Kehadiran pada pembimbing kepada generasi kini, adalah untuk membimbing generasi akan datang pula. Begitulah kehidupan, saling meneruskan yang telah ditakdirkan.
Comments