top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Hammam Al-Hariths

HATI

Bilamana cinta itu telah dipasakkan dengan TAUHID yang benar, maka kehadiran SANG PENCINTA di dalam diri kita ini akan mula memanggil pelbagai makhluk lain untuk mencintai CINTA jua. Hati yang memiliki ALLAH di dalamnya.


Jika Hati itu sudah dimiliki Allah, maka Allah jualah yang akan mencari PASANGANNYA sendiri. Jika seorang anak muda itu lelah mencari Allah di masa mudanya, terpaksalah ia mengembara di alam yang penuh dengan kesulitan demi menabalkan diri-NYA sebagai Raja yang benar pada HATINYA di suatu masa nanti.


Pabila darah itu sudah dimurnikan, pasti pengembalian DIRINYA kepada tahta CINTA itu tidak akan menyesatkan. Malah ia menjadi satu petanda, DIRINYA telah dikuasai KEBENARAN. Tiadalah anak muda yang mencari Allah pada usia mudanya, menjadi satu kehinaan di usia yang lanjut melainkan, SYURGA hati itu telah dimiliki-NYA.


Pada saat yang terabadi kini, kami menukilkan keindahan hati seorang hamba yang di dalam darahnya, terukir kisah-kisah seni yang berlangsung daripada pengalaman ruhani. Ruh yang menduduki dirinya kini adalah ruhi yang suci, yang mengenal CINTA HAKIKI.


Pada dirinya, terdapat MAHLIGAI yang mengundang makhluk untuk mensucikan diri bagi yang ingin menduduki dirinya. Terpilihlah mereka daripada angkatan yang mulia jua. Tidaklah jalan pengasingan diri daripada seribu makhluk, ketika mencari ALLAH itu tidak digantikan dengan KEMULIAAN akhirnya. Pendapat yang begitu asing dalam masyarakat umumnya, seorang anak muda yang berani mengikut kata hatinya, dalam membersihkan dirinya daripada noda-noda hati yang hitam. Baginya kemuliaan kini, apabila segalanya sudah BERAKHIR.



Comments


bottom of page