S u r g a
Sambungan daripada Posting: Rahasia didalamnya Rahasia
Mengapa perlu diexpose juga tentang Ilmunya KETUHANAN? Apa keperluannya? Keperluannya seriously meruncing guys, seriously.
Kita ini semuanya jauh daripada Nurnya Muhammad SAW. Kita ini beradanya di akhir zaman jua. Kita ini manusia biasa, yang perlu mengenal diri kita, dengan hakikat-hakikatnya. Ma'rifatullah itu awalnya agama. Itulah perinciannya. Namun jalan ini harapnya dilalui dengan penuh penghormatan kepada syariat-syariat itu sendiri, sehinggalah mengerti apa maksud syariat yang sebenar-benarnya.
Sesungguhnya, guys guys sekalian, jalan spiritual ini jalannya menuju yang SATU, namun jalan itu tidak pernah akan sama, sehinggakan perjalanan itu bukanlah sesuatu untuk diperdebatkan bagaimana perjalanannya. Ia jalan DIRI. SENDIRI. Takkala kita sudah bersedia, guru-guru kita akan memunculkan diri mereka di sepanjangnya jalan. AJAIB. Ya Ajaib.....Daripada situlah kita mengenal Keaijaban-Keaijaban Al-Quran. Al-Quran itu akhirnya dapat kita bacai juga dengan sedikit mata hati, bukanlah lagi mata akal yang semata-mata dangkal. Hati itu perlulah TAJAM. Firasat perlulah menajam, sehingga kita dapat melihat daripada yang hakiki kepada yang hakiki, kepada yang hakiki lagi. Jangan diperdebatkan jalan ini. Banyakkan berdiam, dan bergurulah.
Dan aku juga, kurang pasti siapa yang nak baca blog ni haha. Sebab aku rasa tak muncul-muncul kat google kot blog ni. Namun ada gerak hati aku, yang menyatakan yang aku perlu menulis, ada keperluan kepada insan-insan tertentu.....so aku pun reveal apa yang aku alami sedikit serba sedikit mengikut apa yang Allah izinkan.
Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih mendalam. Dahulukanlah Allah, sentiasa menyemai benih-benih keinsafan dengan tangisan. Hanya hati yang lembut basah itu, mendapat pengertian-demi pengertian. Jangan dianggap menangis itu LEMAH! NO! NEVER!... You must cry.....Cry, as in a lot. Menyembah Allah dengan penuh tangisan..............sehinggalah tangisan itu melembutkan hati, dengan penuh hina dosa, kita hanyalah manusia....dan nikmat mengenal Allah itu membuatkan segala persoalan hilang~ termaktub. Al-Quran akhirnya adalah kebenaran. Dan bagi yang pulang kepada syariatnya Muhammad SAW, maka kita sambungilah perjuangan nabi kita dalam memperjuangkan AGAMA!
Agama ini tidak wujud hanya pada ilmu kosong!Pada kata-kata mungkar yang tidak dapat dibuktikan keimanannya! Bukan!......Ia berada pada tauhid yang benar, dan buktinya, akan AKHLAQ. Dan akhlaq inilah yang ingin aku semai, dengan harapan, kita orang melayu ini mengerti, leluhur kita itu, adalah mereka orang melayu, Yang Bertauhid benar, sudah ada adab dan kesopanannya di dalam diri kita itu, kerana Tauhid kita benar. Kita ini daripada alam melayu, yang mana alam ini adalah alam Tauhid itu sendiri. Tidaklah aku ini berdusta akan hakikat demi hakikat yang aku alami.
Tundukkanya nafsu setelah diseksa itu, merupakan satu kejadian terbesar yang dialami pencinta-pencinta tuhan. Perjalanan menuju mazmumah memerlukan neraka, untuk kita semadikan diri di dalamnya, membakar diri sepenuh membakar, yang kita bakar itu, yang kita sakiti itu, nafsu kita jua.........maka di situlah segala hukuman keras daripada Yang Maha Mengasihani itu berlangsung, demi diri kita jua akhirnya. Tewas, nafsu yang amarah itu tewas.... dan dalam menuju syurga abadi, Firdaus.........berjalanlah lagi diri.
Sekian dulu, sambung nanti :) hihi.