top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

Rindu Masjid

Sambungan daripada Posting: Perjalanan Diri


So aku mula lah menulis tentang Perjalanan Diri aku ya. Kisah ni bermula lebih kurang ( sekarang 2020 kan, kisah ni bermula tahun 2007) berapa tahun dah tu? Haha kiralah sendiri.


Tahun 2007 tu, seingat aku, aku masih naif, naif tentang kehidupan. Aku, masih di universiti, tahun akhir, masih ada projek akhir yang perlu aku siapkan. Dan aku perlu dapat ( A ) < hahaha semangat apekah ini. Tapi dalam kesibukan aku sebagai seorang pelajar, ada sesuatu yang sering memanggil aku. Dalam aku berdiam, akan ada sesuatu yang memanggil aku daripada dalam. Menggamit.


Aku ingat, ada satu ketika ni, tak silap aku, aku tengah praktikal time ni, maybe dalam 2006 kalau tak silap aku. Aku just balik ke USM, naik bas, naik feri bagai daripada SP, sebab......takde sebab, aku just nak balik ke USM sebab aku rindu MASJID? OMG. hehe.


Itulah seingat aku, perasaan yang aku pendam sorang-sorang. Masjid USM tu ada kenangan yang begitu epik buat aku. Aku ni orang yang rajin belajar, biasa2 je lah bab agama. Tapi setiap kali azan berkumandang daripada Masjid USM tu, aku rasa semacam, aku selalu terpanggil ke Masjid USM tu. Bayangkanlah sampai aku kat SP pun tengah praktikal, manalah ada apa nak buat kat Masjid USM tu, aku still balik just untuk duduk dalam Masjid USM sorang-sorang aku. ( haha )


Klik kat sini, kalau nak tengok drone view Masjid USM. ;P

Ni lah Masjid USM. Cantik pulak gambo ni, aku ambik kat google, ni gambo youtube ni...Klik la kat gamba tu utk drone view Masjid USM :P


Orang tengah cuti kot time tu...aku balik, melepas rindu kat Masjid ( aku).... duk la sorang-sorang solat dan merenung kehidupan. Sampai sini jelah aku tulis dulu. Nanti aku tulis lagi, or aku sambung kat post lain.....orang sekarang nulisnya pendek-pendek kan dalam satu post. Tak mcm orang kita dulu2 ( Ya Allah terasa tua nya aku la ni haha)....... haha yeah, dulu kita boleh menulis panjang-panjang syok je.


Muehehehe.





bottom of page