top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

Menulis 3


Nah, lanje lagu The Offspring - Come Out And Play ( haha ).


Ni aku sambung penulisan ni daripada posting --> Menulis 2.


Nak sambung tulis, aku dok dengar lagu ni , lagu The Offspring, lagu ni lagu Come Out and Play ni masa 1999? Klau 1999 tu aku baru, Tingkatan 2 rasanya... 1999? 1999 tu time concert ni kot, aku google balik, lagu ni release 1994, meaning masa tu aku baru darjah, darjah 3... Tu lah seingat aku, aku dok gelek lagu ni masa aku darjah darjah lagi.... Boleh tahan lagu ni rentak dia, haha ( bila dengar balik ).



Jom kita sambung tulis,




Macam tu jugak, mcm bila kita belajar menulis untuk bizz. Kalau menulis mcm aku menulis blog ni memang tak boleh... sebab bizz ni dia nak sampaikan MESEJ tu as in TEPAT, kalau menulis memang tak boleh tulis as in perenggan rapat cmni pun. Korang bayangkan lah FB tu bz kot, org skroll2 tengok panjang ja tak boleh, spacing memang 1 spacing je kot aku rasa... dan bila menulis tu, kita nak cepat org tu menangkap..


Bila aku menulis mcm ni, aku heran apa orang nak baca ke tak, sebab aku menulis just sebab aku nak tulis, bukan untuk orang baca...tapi based on pengalaman aku, memang akan ada yang baca, boleh trace pun kat statistik blog. Silent reader pun ramai ja walaupun tak komen. Tak payah komen pun, sebab penulisan mcm ni, bukan nak tulis untuk sesape, dia just mcm online diary, sebab tu dia punya penamaan pun adalah AKU...hihi.. lain bila guna saya tu dia tak rockers, skema sikit lah bunyinya, bila kita pakai Aku ni senang skit nak melepaskan SEMUANYA...


Berbalik kepada penulisan akademia, kenapa aku sebut akademia, bukan sepatutnya akademik ka? hihi.... broken grammar english bm main mix ja... hahaha, dah aku rasa sedap nak sebut akademia aku sebut je lah eh.. bagilah can aku menulis berterabur sama, aku sangat miss penulisan mcm ni...


Penulisan Akademik


Nak masuk mode skema ke, tak payah la eh, aku tulis camni ja senang.


Kalau korang pursue research, korang kena paham yang HASIL AKHIRnya adalah THESIS.


Thesis adalah Thesis. Korang kene tau format dia, jangan menggatai mcm nak menulis novel pulak ( haha ). Dengar mcm lawak bila aku cakap ada orang yang nak tulis thesis gaya penulisan novel ( tapi memang ada, cuba baca buku2 nasihat tentang penulisan thesis).


Dia sebab, bila kita sambung belajar ni, tu research kita, so mcm kadang2 kita rasa eh suka hati aku la nak tulis cmna... boleh nak suka hati, kau tulis blog... ( haha ).


1. Ayat Aktif atau Ayat Pasif


Ni memang jadi isu lah kalau kau ni penulis ayat pasif ( tanpa disedari ), sebab supervisor tertentu, atau pun editor yang diupah untuk edit paper kita tu, suka sangat la menukar ayat pasif kita menjadi ayat aktif.


Ayat aktif ni mcm mana?


Macam ni:


Abu sepak bola.


Ayat pasif pulak mcm mana?


Bola itu, disepak oleh Abu.



Tu lah contoh yang paling sering korang dapat sejak darjah2 lagi kan... kisah abu sepak bola, bola disepak oleh abu dan yang korang paham is,,,



Abu < Pelaku


Bola < Objek


So , bila korang melangkah ja ke akademia, cara penulisan yang digalakkan adalah pakai AYAT AKTIF...iaitu,


Abu sepak bola


dan bukan,


Bola disepak oleh Abu...


dan


alasannya?


Ayat aktif lebih simple, jelas..... dan ayat pasif tu lebih ( complicated ) .


Ye ke...


Sangat tidak memuaskan penjelasan itu bagi aku. Walhal ada orang yang jelas je baca ayat pasif berbanding ayat aktif....


So kat sini aku nak jelaskan :



dan aku bagi contoh yang lebih jelas..



1. Artis X mengambil dadah. ( ayat aktif)

2. Dadah diambil oleh Artis X. ( ayat pasif)


Dan korang akan stress nak mampus, bila ,,,,, editor yang kita upah tu suka suki mengubah ayat no 2 menjadi ayat no 1....


alasan dia: sebab dia nak buat ayat aktif, ( aku pang kang ) hahah....



Dia cemni, bila korang menulis, simple nya is... berbalik kepada contoh Artis X mengambil dadah...


Korang bayangkan, pada hari ni, tergempar, ( skang orang tak pakai word tergempar, org pakai word VIRAL )... haha, Viral harini Artis X mengambil dadah, maka makcik bawang sekalian beserta troppers2 bawang pun, dengan aktifnya menyerang Facebook Artis X, kalau dulu, makcik2 keluar sembang dengan jiran-jiran untuk tengok sapa yang paling up to date, skang cuma tekan butang share je kat wassup tu.


Tu kisah makcik bawang, depa berminat dengan Artis X, dan artis X sedang buat apa.... pelakunya > Artis X... dan bawangkanlah kisah2 pelaku (artis x)...



Tapi,


Ada segelintir orang, contoh la aku bagi, dia tengah menyiasat tentang kes DADAH... dia penyelidik... dan isu yang dia selidiki is DADAH.... Dadah > Main Subjek bagi dia..


So, dia pun kene gak amik tahu, Artis X tu ambil dadah tapi dia bukan menyibuk tentang Artis X, Artis X tu cuma salah satu case study dia ja...


Boleh get tak ? ( kalau rasa penjelasan aku ni buat korang makin konpius, jelas korang stop je baca...) dan kalau korang get, probably, korang mcm aku, yang suka menulis dgn ayat pasif...


So main things yang korang tengah tulis tu apa? Tentang kisah artis x ke, tentang dadah? Aku pulak rasa sukar nak jelaskan benda ni, tapi kalau korang ni penulis ayat pasif, aku yakin korang akan get apa yang aku bincangkan ni...


So better jangan terikut-ikut dengan gaya orang. Better pahamkan sendiri yang mana satu main things yang korang nak ketengahkan, maka sebut yang tu dulu lah... tapi ada ja supervisor yang ok ja, boleh terima macam mana pun kita tulis asalkan dia paham. Better lah macam tu... still ada orang yang sangat rigid nak tengok susunan ayat... dan dia dah set ayat aktif tu lebih bagus daripada ayat pasif.. so korang yang kene paham dan terangkan kat dia, kenapa korang buat macam tu.....jangan ubah terlalu banyak akan penulisan kita, as dia akan ubah keaslian ....


Bagi aku, kalau aku sedang cakap tentang Dadah, meaning aku tengah cakap tentang dadah, so aku tulislah... dadah itu diambil oleh artis x. Kalau tukar, artis x mengambil dadah, dia dah mengubah maksud aku tu..aku sedang ckp tentang dadah as MAIN, bukan artis X... so korang yang kene paham sendiri yeah penulisan korang.


Benda ni pun isu besar ke? hahha . Besar, boleh gaduh sesama supervisor dah isu ni pun. At last korang kene paham sendiri apa yang korang tulis dan kenapa dia mcm tu...


So sebab tu kadang2 nak sambung lagi ke satu tahap aku jadi malas jugak, sebab banyak kene deal dgn benda yang bagi aku ( remeh temeh) ... remeh temeh la benda senang je nak paham, tapi akademia tak boleh lah... semua benda kene ada hujjah, dan hujjah tu pulak dibina daripada fact.... untuk sesuatu benda jadi fact, dia perlu ada rujukan, dan rujukan tu pulak perlu berlandaskan kajian.




So , satu ayat yang korang tulis pun.... adalah satu CLAIM sebenarnya.... kadang2 menulis 1 ayat tu, memerlukan pembacaan yang beratus/beribu, untuk kita just yakin utk menulis satu ayat tu ja... ingat... satu ayat pun adalah CLAIM yang besar, tak boleh main2 tulis, perlu ada evidence.


Oklah sampai sini dulu. ( huhu dah lama rasa tak menulis benda remeh cmni, bingung sat kepala aku)...


Nanti kita sambung lagi tentang penulisan akademia, kalau aku teringat lah ada isu apa2 lagi... ( tu pun kalau aku ingat )...






bottom of page