top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

Berniaga dengan Shopee - Program "Free Shipping"

Artikel ini bertujuan untuk memberi gambaran ringkas tentang Program "Free Shipping" yang ditawarkan oleh Shopee. Artikel ini juga lebih sesuai dibaca oleh mereka yang pernah menjual secara online - dalam ertikata lain, mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk pengeposan barang kepada pelanggan.


Apa itu Shopee?


Shopee adalah sebuah platform e-dagang yang menguruskan hal jual-beli antara penjual dan pelanggan. Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di laman web Shoppe untuk membolehkan anda mula menjual barang-barang anda - tiada sebarang bayaran pendahuluan yang dikenakan kepada penjual.


Mendaftar sebagai pengguna di laman web Shopee


Mengapa Shopee?


Shopee mempunyai antara muka (interface) yang ringkas, maka ia sangat sesuai untuk newbie (mereka yang baru berjinak-jinak dengan platform e-dagang).



Selain mempunyai antara muka yang mudah dikendalikan, Shopee menawarkan program "Free Shipping" kepada penjual-penjual di Shopee.



Apa itu program "Free Shipping"?


Program "Free Shipping" yang ditawarkan oleh Shopee ialah sebuah program yang dilancarkan untuk memberi kemudahan kepada penjual-penjual di Shopee. Shopee akan menanggung kos penghantaran bagi barang yang mempunyai berat tidak lebih daripada 5 kg untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan barang yang mempunyai berat tidak lebih daripada 1 kg untuk penghantaran ke Sabah/Sarawak.


Di Shopee, anda perlu sedia maklum yang pelanggan akan membuat bayaran kepada Shopee, yang mana kemudiannya, Shopee akan membuat bayaran kepada anda. Dengan adanya program "Free Shipping", anda tidak perlu mendahulukan wang anda untuk kos pengeposan barang. Pelanggan akan membayar kos pengeposan barang kepada Shopee pada kadar yang telah ditetapkan oleh Shopee sendiri.


Tiada sebarang kriteria pemohon yang ditetapkan oleh Shopee (setakat ini) - semua penjual di Shopee layak membuat permohonan kepada Shopee untuk menyertai program "Free Shipping". Shopee akan memaklumkan penjual melalui notifikasi online, sekiranya penjual berjaya menyertai program ini.


Bagi penjual yang terpilih, anda tidak perlu lagi mengisi borang pengeposan Pos Laju secara manual. Penjual hanya perlu cetak "Waybill" yang disediakan oleh Shopee. Penjual juga perlu menyertakan borang PL9 ( yang boleh didapati di cawangan Pos Laju) dan mengisi bahagian no akaun dengan nombor akaun Shopee.

Waybill

Waybill

Borang PL9

Borang PL9


Borang PL9 merupakan borang pengeposan Pos Laju berkontrak. Ini bermakna, Shopee yang akan menanggung kos penghantaran anda, apabila anda mengisi no. akaun Shopee pada borang tersebut.


Setelah melengkapkan borang yang diperlukan, anda hanya perlu drop-by parcel anda di cawangan Pos Laju berdekatan. Hal ini menjimatkan masa, kerana anda tidak lagi perlu beratur panjang untuk menunggu giliran membayar kos pengeposan barang!

Selamat Menjual !

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2018 by aszifaris. Proudly created with Wix.com

bottom of page