Bahagia
Sebagai seorang manusia biasa, kita sering kali menyangka yang Objek adalah segala-galanya.
Define: Object
a material thing that can be seen and touched.
Kita manusia, memerlukan sesuatu yang NAMPAK, pada MATA KASAR kita. Dan kita menyangka, kerana benda yang nampak itu lah kita BAHAGIA.
SALAH.
Kita bahagia apabila kita menyedari kita bahagia.
Translate: Menyedari (Malay) - Realizing / Aware (English)
Sukar sangatkah untuk menyedari?
Ya, sukar pabila kita dipenuhi (benda-benda luar) yang kita nampak dengan mata kasar.
Namun, atas pengalaman (kehilangan) (banyak benda) pada perjalanan hidup kita, kita akan merenung semula, adakah kehilangan itu benar-benar satu kehilangan, atau kita salah sangka yang kita memiliki sesuatu yang tidak pernah langsung menjadi milik kita.
Kerana kita dimiliki Tuhan kita.
Tuhan, boleh menjadi objek.
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
(An-Najm 53:23)
Objek mana yang kita sembah?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)
Kita perlu menyedari objek yang kita sembah. Perlu.
Barulah kemudiannya kita menyedari DIRI kita sendiri, yang tidak berkaitan dengan mana-mana objek yang kita (cintai).
Cinta adalah untuk DIRI sendiri.
Sayang adalah untuk DIRI sendiri.
Apabila Cinta dan Sayang ini dimulakan pada DIRI sendiri, barulah, tempias CINTA ini akan mengena kepada Objek-Objek lainnya.
Happy or Syirk?
Dalam.
Tenungilah kata-kata.