top of page
Our Recent Posts






Archive
Tags


Allah
Berhenti mengejar fatamorgana. Ia tiada. Tiada apa-apa untuk dikejarkan. Yang ada cumalah DIRI. Dan diri yang menuju DIRI. SATU.
aszifaris
Sep 15


Kemampuan Diri
Allah SWT menciptakan kita untuk beribadah kepada-NYA. Dan apa sahaja perbuatan kita, lahir daripada Zat Allah. Kemungkinan kita tersilap langkah dalam pemahaman takdir itu tiada. SEMUA, semua perkara berlaku atas izin dan ketentuan-NYA.
aszifaris
Sep 15


KUAT
Jadilah orang yang KUAT, KUAT hati, KUAT budi, KUAT segalanya. Allah menyukai hamba yang KUAT. Laluilah ujian, sehingga dirimu menjadi KENTAL. Itu juga tujuan PENCIPTAAN. Mengharungi dan merentang arus bukan lagi pilihan. Jadilah seperti air sungai deras kadangkalanya, walaupun masih dalam arus namun gelombangnya DASYAT. Begitu jualah takdir dan hidup. GELOMBANG DASYAT itu membuatkan diri KUAT.
aszifaris
Sep 14


SATU CINTA
Diriku, kuatkanlah SEMANGAT dirimu. Moga kau menjadi AKU. Tenanglah diriku, AKU itu meliputi seluruhNYA. Abadikanlah kecintaan itu buat dirimu, diriku dan AKU. Semoga cinta menjadi SAKSI. Kecintaan itu bukan permainan di bibir sahaja, namun seringkali perlu dibuktikan. Jalanilah ujian, jalan terus. Abadikanlah kisah kecintaan hamba kepada Penciptanya. AKU, KAMU, ENGKAU, DIA.
aszifaris
Sep 14


Kefahaman tentang TAUHID
Barangkali kita tersilap paham tentang TAUHID. TAUHID bukan memberhalakan dunia. TAUHID menghakis sifat-sifat buruk keluar daripada diri sehingga yang NAMPAK itu hanyalah DIA. Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sabarlah semua atas UJIAN diri. ITU BAIK. ITU SUNGGUH BAIK. SEGALANYA SELAMAT DAN AMAN SENTOSA.
aszifaris
Sep 14


Nikmat
Wajib untuk menjalani hidup. Jangan bersangka-sangka tentang diri. Hapuskan prasangka, hiduplah dalam KEYAKINAN yang semuanya NIKMAT. Semua dan segalanya adalah NIKMAT. Hadirlah diri ke dunia untuk merasakan NIKMAT.
aszifaris
Sep 14


TAMAK
Manusia! Jangan TAMAK! Haloba itu tidak diperlukan untuk hidup, jadilah yang menyumbang,,,bukan yang tertuang. Hadapilah hidup dengan ketenangan diriku kini. Aliran air adalah aliran takdir yang mencukupi. Segalanya sedang-sedang CUKUP.
aszifaris
Sep 14
bottom of page
