top of page

Our Recent Posts

Archive

Tags

aszifaris

MENGOSONGKAN FIKIRAN


Classical Chillout - Pachelbel,Mozart,Beethoven,Debussy,Janacek,Bach,Handel

Life agak menenangkan lately, macam lagu di atas. Lagu ke rentak, huhu... ntah apa yang aku nak tulis, sekarang sukar betul nak menulis, sbb takdak apa untuk ditulis, life goes on...

Hidup kita ni sebenarnya mudah dan benar-benar mudah, namun yang akan menyusahkan adalah bila kita banyak sangat berfikir. Kita berfikir di dalam kotak. Dalam kotak tu kita berfikir. Sumbat semua dalam tu. Serabut dah..


Bagi yang banyak berfikir, aku nasihatkan jangan banyak fikir... sbb aku tau lah, sbb aku banyak fikir. Kalau orang yang tak banyak fikir ckp jangan fikir ( huhu ) .. tu lain cerita... Bagi orang yang banyak berfikir, kehidupan berlaku di dalam ( mind ). Ia menyeronokkan somehow....full of doodle... mengasyikkan.


Kebanyakan filosofus hidup di dalam mind. Di dalam fikiran. Mencari jawapan demi jawapan dengan fikiran. Mencari jawapan bermaksud adanya soalan.... daripada situlah lahirnya RESEARCH QUESTION di dalam research.


RESEARCH QUESTION ni apa dia... mesti budak2 yang baru masuk buat research akan tanya dan rasa susahnya ... hihi ... dia takde apa2.. dia cumalah ur own question... yang membawa kepada question yang seterusnya...


Research supposely menjadi sesuatu yang sangat-sangat menarik bagi mereka yang hidup di alam FIKIRAN. Ia perlu PURE, intrinsic as in your own journey bertanya tentang kehidupan. Itu barulah philosopher kan. Dah ckp nak jadi Dr Falsafah gitu.


Namun research yang sekarang banyaknya cetek, tidak pure, tak mengandungi intrinsic value .... dan banyaknya buat demi career... maka hilanglah keaslian jiwa seorang filsuf...


Kenapa jie, suka sangat cakap tentang JIWA2... orang nak makan minum cari duit lah, orang just nak kerja, orang pandang, boleh survive dalam society cukuplah. Jawapan dia, sbb klau korang ada semua tu pun, dia takan dapat sampai ke level JIWA yang memerlukan seribu keaslian diri. Daripada jiwa itulah pintu kepada ketuhanan sejati yang akan membuatkan segala resah itu PECAH, takkala pulang kepadaNYA.


Kita perlu menjadi BENAR dengan DIRI kita sendiri. INKUIRI yang benar, itulah filsuf. Mereka benar dengan jalan-jalan mereka, mencari kebenaran, dalam kotak fikiran mereka. Ada yang kekal duduk di dalam kotak, ada yang keluar.....


Dan aku, adalah orang yang keluar, daripada kotak tersebut. Lebih menenangkan. Mind apabila penuh dengan soalan, dia akan jadi serabut, dia akan silap.


Kenapa aku cakap silap?

Sebab mind selalu mengandungi soalan yang silap, yang membawa kepada tiada jawapan, atau lebih teruk lagi, jawapan tu disfunctional. It will ruin back ur mind kalau kita ada soalan yang silap. Penyelesaian terbaik utk keserabutan adalah DELETE SEMUA SOALAN.


Who can do that jie? hahah... ada orang yg boleh buat. Orang yang sedar penyelesaian tak wujud di dalam fikiran. Kerana penyelesaian tu takdak pun. Cuba just keluar daripada mind... Takdak apa sebenarnya....


Namun filsuf sebenar itu, yang benar jiwanya...berani melangkah masuk ke alam fikiran, untuk mencari sehinggalah ia menyedari yang kesesatan demi kesesatan wujud di sini. Lalu dia mula memadam jejak pada fikiran sehingga fikiran itu KOSONG.



Haha best tak post kali ni? Best kan, dia tentang mengosongkan fikiran. Empty mind. Aku rasa di sini sahajalah tempat aku boleh tulis benda2 yang orang tak berapa nak paham.


Dalam kehidupan harian, kita cakap benda2 yang orang paham eh. Ada satu atau dua orang yang jiwanya dalam sekali, yang memerlukan satu panduan kepada jiwa.... Ada satu atau dua orang yang fikirannya tajam sekali, namun perlu jawapan kepada KEHIDUPAN.


Meh kawan dgn aku... org yg mcm tu... haha.



p/s: hanya yang SAMPAI, mengerti tentang perjalanan.... akuilah jiwa, aku ini hamba! :)

bottom of page